Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

Selamat Lahir Boboi boy...

Salam Aidilfitri kengkawan.. 
Lambat plak mak ngah ucap kan... 
almaklumla, tahun ni aidilfitri kurang meriah sikit coz sibuk menanti baby baru along... 

So, skrg nak cerita pasal baby la yer..
Ingat x dulu masa baby first?? Kakak Haziqah

19/08/2013 along dah pun selamat melahirkan baby boy..
kali ini mak ngah, mak dik n (maksu yg suka mengusik jer)
 xbz jaga along tapi bz dgn kakak haziqah..

Ni gambar baby boy yg tok cik ambil di hospital..

Nak tau x apa reaksi kakak Haziqah lepas tgk gmbr baby?

Mengamuk terus..jadi aktif tiba2... punggah sana sini, 
bila aku pi ligan dia, 
siap ckp kuat2 lagi "lari...lari"
macam kak ros ligan upin dan ipin..
aduhai..penat mengemas rumah plak..

pastu bila mak ngah sidai baju,
dia panjat motor siap press minyak lagi..


Saturday, May 11, 2013

SELAMAT HARI IBU


Selamat Hari Ibu Puan Norzita Bt Mahdzir




Walaupun kami adik-beradik tak dapat nak sponsor ibu p bercuti luar negara, beli rumah banglo kolam besaq ka, beli kereta mahai2 ka.. kami tetap sayang ibu..

Apa yg angah mampu buat hanyalah tidak menyusahkan ibu...
setelah hampir 24 tahun angah membesar, sekarang masanya untuk ibu buat apa yg ibu suka...

Dulu mungkin ibu xdapat nak realisasikan apa yg ibu nak kerana faktor kewangan dan faktor masa.. Sekarang ibu buatlah apa yg ibu suka, kami akan tolong settlekan kerja rumah dan bagi modal untuk perkara2 tertentu.. ibu memang minat sangat jagung, inilah hasilnya cross stich yg ibu jahit sendiri dan pokok manik semuanya ibu buat sendiri...

Kalau dulu, tgk katalog avon jer, kami yang mintak macam2...
sekarang, masanya untuk ibu pulak mintak macam2..
daripada collagen, grape seed, brooch, bekas air, perfume, periuk dan pakaian dalaman.. 

wah2...walaupun benda2 ni nampak kecik dan xbrp penting, tapi kami tetap berpuas hati sebab kebanyakan permintaan ibu dapat kami tunaikan.. 

walaubagaimanapun, kami tetap mahukan masakan dari ibu, bancuhan air nescafe dari ibu dll yang tetap tidak sesedap yang ibu buat...

dan untuk pengetahuan semua, idea dan ciri2 seorang penulis yang ada dalam diri aku ni adalah turun dari ibu... ibu memang minat sangat tulis menulis ni...

tapi kan ibu zaman 60-an ni memang best... ibu-ibu ni xla obses sgt dgn pepatah "aku lebih dulu makan garam".. kadang2 ada jugak kami selisih pendapat tapi kan, ibu boleh terima pandangan anak2 yg lebih muda dari ibu...

apapun ibu tetap yang terbaik..
semua org sayangkan ibu masing2..
SELAMAT HARI IBU!!

p/s : alhamdulillah, ibu sangat memahami aku dan tidak menyuarakan langsung soal siapa bakal menantunya atau jodoh kerana sesungguhnya aku tidak bersedia...hehe

Sunday, September 30, 2012

Aidilfitri 2012


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

haha..dah terlambat sebulan..
nasib bek la berjaya gak pujuk bapak p kedai..
1 syawal p beraya dgn cina kedai gmbr dulu...
gambar kenangan kan...


Thursday, June 7, 2012

hepi bday Nurul Haziqah

wah2....dah setahun berlalu.. hepi bday Haziqah kali pertama..
ni entry setahun yang lalu.. 06/06/2011
malas nak story pjg2..bosan jer kan.. layan n hayati jer la gambarnya..



celebrate sekali dgn Pak din (pak menakan)

murah dan sedap

Simple but nice

masalah tol birthday girl hari ni

zorro





princess buat perangai




makan sedap hari ni..




sekian...

Thursday, May 31, 2012

Random

Hari ni saja2 nak post gambar2 yg entah bila la di ambil...layan jer la..yg penting comey n hepy..

dik wah a.k.a thomas..
minat beno la dgn kartun ketapi tu..

haziqah keciwi dgn beg barunya

awek arab

sorang lg awek arab

keluarga arab..haha

x habis2 lagi dgn begnya..

fesyen baru bila amik gambar...

mak dik dia punya keja..
time nangis pun amik gambar gak


hijau mata memandang

dah jadi pokok teh dah..

awek melayu


ibu n jagungnya

raya taun bila xtau ni..
tp yg pasti ni kat umah lama..

bapak n arwah abg madi

kawan kamceng

mai besaq kira nak gaduh ja..

alahai..dah lama praktis..

ibu dan anaknya
tok n long

Sunday, April 29, 2012

Tanggal 27 April 2012

Salam Semua..

24 April 2012
Sesudah Subuh, maktok dibawa balik ke rumah setelah hampir 2 minggu di hospital. Keadaan tenat dan kritikal..Maktok masih x sedar sejak jam 2pg td..Lebih kurang 20 tahun maktok menghidap penyakit kencing manis. Kini maktok sedang berperang dengan penyakit hati.. Hati rosak tahap 3. Setiap saat suami,anak menantu, cucu2, sanak saudara dan kenalan berada di sisi untuk membaca Yasin, mendoakan, membaca Al-Quran dan mengajar mengucap..Alhamdulillah

25 April 2012
Semua ahli keluarga berkumpul dan bersilih ganti siang dan malam menjaga maktok. Setiap saat kami berada di sisi.. Ramai kenalan datang menziarah. Terima Kasih semua kerana mendoakan maktok dan memberi kata-kata semangat kepada kami dan memberi sumbangan sedikit sebanyak. Jam 10.20 pagi, kami dikejutkan apabila maktok membuka mata, kalimah Syahadah silih berganti di ajar di telinga maktok. Maktok tersedar setelah berdehem 2 kali. Muka maktok menggambarkan kesakitan yang terpaksa ditanggungnya.. Maktok dah sedar. Setiap hari kami meminta maaf dan minta halal segalanya.. Maktok memberi respon setiap kata-kata kami. Apabila diajar Allah, terdengar maktok menyebut walaupun dalam keadaan suara yg x dpt didengari sepenuhnya. Alhamdulillah..

Petang td Tok Imam datang menzirah, dibacanya doa dan Surah Yassin, ditanya mengenai perubahan di kening, muka dan belakang badan, dipesannya supaya jgn ditinggalkan maktok sendirian.

Malam td 3 org doktor datang (merangkap anak saudara maktok) pasang tiub untuk memudahkan minum dan kencing. Maktok dimasukkan ubat tahan sakit. Malam ni jugak diadakan bacaan Yassin oleh jemaah surau, jiran2 dan ahli keluarga. Sedikit jamuan diadakan.

26 April 2012
Adakala maktok tersedar dan merintih kesakitan. Sedih rasanya di hati melihat keadaan maktok.. Maktok akan tersedar setelah ubat habis. Malam Jumaat yg penuh berkat, bacaan Yasin, Surah Al-Mulk dan Surah Ar-Rad acapkali dibaca.

27 April 2012
Pagi yg dingin sekali, tidak panas seperti selalu. Aku dan sepupu saling berganti menjaga dan mengajar ucapan Syahadah pada maktok di saat nafas maktok berombak. Jam 5.10 pg, maktok membuka mata, kami mengejutkan seluruh ahli keluarga. Nafas maktok semakin perlahan, tokwan dan anak-anak, masing2 mengajar ucapan Syahadah. Jam 5.15 pagi, mata maktok terpejam rapat, maktok tidak lagi bernafas. Pagi Jumaat yg tenang dan baik maktok pergi meninggalkan kami selama-selamanya pada usianya 64 tahun. Innalillah...Alhamdulillah, pengakhiran yang baik untuknya.. Walaupun dilahirkan dalam agama lain tapi pengakhirannya adalah Agama Islam..

Jenazah dimandikan jam 9 pagi dan dikebumikan pada jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Al-Amin, Masjid Al-Amin Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Tempat di mana bapa maktok dikebumikan. Al-Fatihah.
Semoga roh maktok dicucuri rahmat dan berada bersama orang-orang yang soleh. Kami sentiasa mendoakan.

Gambar terakhir bersama ahli keluarga



Semoga roh maktok dicucuri rahmat &
semoga wan tabah dan kuat semangat menghadapinya

update 23/04/2015

kini, setelah hampir 3 tahun, wan pula seringkali bermalam di hospital...
masalah peparu (kesan merokok hampir 50 tahun, dah berhenti lebih 5 tahun)
masalah jantung..
mungkin juga kerana rindukan arwah maktok..






Friday, April 13, 2012

Syukur selamat pulang..

Special for both of u
bapak n ibu..
layan ea sedikit gambar kenangan..

walaupun tertangguh sehari, syukur semuanya selamat.