Monday, January 2, 2012

Jom Cuti Negeri Kedah (part 5)

SABTU PAGI (24/12/2011)

ok....arini kami semua nak naik Gunung Jerai..
Seawal 8pagi kami dah bertolak..

bergambar dulu depan rumah..

kami pilih nek van utk keselamatan yg lebih
seorang rm10 naik dan turun.


muka excited..

di mana2 pun cantik utk bergambar

wpun di sebalik bunga

hotel yg trdpt di atas..

pemandangan sawah padi yg terbentang luas di sebelah bhgn yan

sejuk sungguh di pagi hari

seronok..

salah satu tmpt yg menjadi destinasi ketika naik ke gunung jerai..
tempat yg mempunyai chalet.

di hadapan bangunan asal
di zaman dahulu, hny kaum kerabat diraja yg boleh naik ke kawasan ini..

agak tinggi..

boleh jugak kalo nak mendaki melalui trek tangga kenari..

ke telaga tok sheikh..

air telaga tok sheikh.


agak sejuk dari yg biasa..
menurut sejarah: air telaga ini digunakan oleh Tuan Sheikh ketika beliau dan 
tukang2nya melakukan kerja pembinaan masjid di puncak gunung jerai.

tempat ini jarang dilawati oleh pelawat yg tidak berapa tahu mengenai sejarah Gunung Jerai ini sendiri..
tetapi ada sesuatu yg membawa kami ke sini..

utk ke tmpt yg lebih mencabar iaitu padang tok sheikh ini,
utk menaiki van, dikenakan bayaran sbyk rm10..
tetapi sgt berbaloi memandangkan jalan yg agak berliku, curam dan bahaya..

penat meredah jalan yg agak tinggi dan jauh..
ala2 jungle trekking..

menurut pemandu van : setiap malam jumaat, ramai org yg akan menginap 
di padang ini tetapi tidak tahu apa tujuan masing2...


di sini adalah bekas tapak masjid yang menjadi tempat 
pengislaman sultan muzaffar shah suatu ketika dahulu.

sejarah : ada org yg sempat melihat runtuhan batu-bata masjid dan menara.
ada org yg pernah melihat sheikh yg berjubah putih dan berjanggut panjang
melakukan solat di atas batu-batu...

Sejarah : Sebelum Sheikh Abdullah menghembuskan nafas yang terakhir, beliau mewasiatkan supaya dikebumikan di tanah rata berdekatan dengan menara yang belum siap lagi.
Di manakah kwsn yg sebenarnya beliau dikebumikan?? mungkin di tanah yang kami berjalan..


Padang Tok Sheikh adalah tempat pelancongan yang paling tinggi 
di gunung jerai berbanding telaga tok sheikh dan chalet..

di sini lah batu-batu yang menyerupai sejadah utk org bersembahyang..

di sini adalah kwsn larangan..
pakcik van saja bawak kami ke sini untuk membuat pusingan..
dan di sini lah terletaknya pencawang2 dan tmpt askar..
di sinilah PUNCAK tertinggi gunung jerai..




No comments:

Post a Comment