Saturday, May 11, 2013

SELAMAT HARI IBU


Selamat Hari Ibu Puan Norzita Bt Mahdzir




Walaupun kami adik-beradik tak dapat nak sponsor ibu p bercuti luar negara, beli rumah banglo kolam besaq ka, beli kereta mahai2 ka.. kami tetap sayang ibu..

Apa yg angah mampu buat hanyalah tidak menyusahkan ibu...
setelah hampir 24 tahun angah membesar, sekarang masanya untuk ibu buat apa yg ibu suka...

Dulu mungkin ibu xdapat nak realisasikan apa yg ibu nak kerana faktor kewangan dan faktor masa.. Sekarang ibu buatlah apa yg ibu suka, kami akan tolong settlekan kerja rumah dan bagi modal untuk perkara2 tertentu.. ibu memang minat sangat jagung, inilah hasilnya cross stich yg ibu jahit sendiri dan pokok manik semuanya ibu buat sendiri...

Kalau dulu, tgk katalog avon jer, kami yang mintak macam2...
sekarang, masanya untuk ibu pulak mintak macam2..
daripada collagen, grape seed, brooch, bekas air, perfume, periuk dan pakaian dalaman.. 

wah2...walaupun benda2 ni nampak kecik dan xbrp penting, tapi kami tetap berpuas hati sebab kebanyakan permintaan ibu dapat kami tunaikan.. 

walaubagaimanapun, kami tetap mahukan masakan dari ibu, bancuhan air nescafe dari ibu dll yang tetap tidak sesedap yang ibu buat...

dan untuk pengetahuan semua, idea dan ciri2 seorang penulis yang ada dalam diri aku ni adalah turun dari ibu... ibu memang minat sangat tulis menulis ni...

tapi kan ibu zaman 60-an ni memang best... ibu-ibu ni xla obses sgt dgn pepatah "aku lebih dulu makan garam".. kadang2 ada jugak kami selisih pendapat tapi kan, ibu boleh terima pandangan anak2 yg lebih muda dari ibu...

apapun ibu tetap yang terbaik..
semua org sayangkan ibu masing2..
SELAMAT HARI IBU!!

p/s : alhamdulillah, ibu sangat memahami aku dan tidak menyuarakan langsung soal siapa bakal menantunya atau jodoh kerana sesungguhnya aku tidak bersedia...hehe

1 comment:

  1. Hi! Someone in my Myspace group shared this
    site with us so I came to check it out. I'm definitely loving the information. I'm
    book-marking and will be tweeting this to my followers!
    Wonderful blog and brilliant design.

    Also visit my webpage ... acoustic guitar chord

    ReplyDelete