Sunday, April 29, 2012

Tanggal 27 April 2012

Salam Semua..

24 April 2012
Sesudah Subuh, maktok dibawa balik ke rumah setelah hampir 2 minggu di hospital. Keadaan tenat dan kritikal..Maktok masih x sedar sejak jam 2pg td..Lebih kurang 20 tahun maktok menghidap penyakit kencing manis. Kini maktok sedang berperang dengan penyakit hati.. Hati rosak tahap 3. Setiap saat suami,anak menantu, cucu2, sanak saudara dan kenalan berada di sisi untuk membaca Yasin, mendoakan, membaca Al-Quran dan mengajar mengucap..Alhamdulillah

25 April 2012
Semua ahli keluarga berkumpul dan bersilih ganti siang dan malam menjaga maktok. Setiap saat kami berada di sisi.. Ramai kenalan datang menziarah. Terima Kasih semua kerana mendoakan maktok dan memberi kata-kata semangat kepada kami dan memberi sumbangan sedikit sebanyak. Jam 10.20 pagi, kami dikejutkan apabila maktok membuka mata, kalimah Syahadah silih berganti di ajar di telinga maktok. Maktok tersedar setelah berdehem 2 kali. Muka maktok menggambarkan kesakitan yang terpaksa ditanggungnya.. Maktok dah sedar. Setiap hari kami meminta maaf dan minta halal segalanya.. Maktok memberi respon setiap kata-kata kami. Apabila diajar Allah, terdengar maktok menyebut walaupun dalam keadaan suara yg x dpt didengari sepenuhnya. Alhamdulillah..

Petang td Tok Imam datang menzirah, dibacanya doa dan Surah Yassin, ditanya mengenai perubahan di kening, muka dan belakang badan, dipesannya supaya jgn ditinggalkan maktok sendirian.

Malam td 3 org doktor datang (merangkap anak saudara maktok) pasang tiub untuk memudahkan minum dan kencing. Maktok dimasukkan ubat tahan sakit. Malam ni jugak diadakan bacaan Yassin oleh jemaah surau, jiran2 dan ahli keluarga. Sedikit jamuan diadakan.

26 April 2012
Adakala maktok tersedar dan merintih kesakitan. Sedih rasanya di hati melihat keadaan maktok.. Maktok akan tersedar setelah ubat habis. Malam Jumaat yg penuh berkat, bacaan Yasin, Surah Al-Mulk dan Surah Ar-Rad acapkali dibaca.

27 April 2012
Pagi yg dingin sekali, tidak panas seperti selalu. Aku dan sepupu saling berganti menjaga dan mengajar ucapan Syahadah pada maktok di saat nafas maktok berombak. Jam 5.10 pg, maktok membuka mata, kami mengejutkan seluruh ahli keluarga. Nafas maktok semakin perlahan, tokwan dan anak-anak, masing2 mengajar ucapan Syahadah. Jam 5.15 pagi, mata maktok terpejam rapat, maktok tidak lagi bernafas. Pagi Jumaat yg tenang dan baik maktok pergi meninggalkan kami selama-selamanya pada usianya 64 tahun. Innalillah...Alhamdulillah, pengakhiran yang baik untuknya.. Walaupun dilahirkan dalam agama lain tapi pengakhirannya adalah Agama Islam..

Jenazah dimandikan jam 9 pagi dan dikebumikan pada jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Al-Amin, Masjid Al-Amin Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Tempat di mana bapa maktok dikebumikan. Al-Fatihah.
Semoga roh maktok dicucuri rahmat dan berada bersama orang-orang yang soleh. Kami sentiasa mendoakan.

Gambar terakhir bersama ahli keluarga



Semoga roh maktok dicucuri rahmat &
semoga wan tabah dan kuat semangat menghadapinya

update 23/04/2015

kini, setelah hampir 3 tahun, wan pula seringkali bermalam di hospital...
masalah peparu (kesan merokok hampir 50 tahun, dah berhenti lebih 5 tahun)
masalah jantung..
mungkin juga kerana rindukan arwah maktok..






1 comment:

  1. takziah weh.
    aku pulak..hari ni genap setahun pemergian arwah tok aku..
    sama2 kita mendoakan mereka di sana ya.
    kita pun akan ke sana juga.
    takziah buat family ang.
    al-fatihah

    ReplyDelete