Thursday, May 28, 2015

Bab 1 - Sampaikan Salam

Assalammualaikum Ibu.. hehe
Bermulalah kisah coretan ibu dalam blog aku mulai hari ini. Memandangkan ibu adalah pembaca setia blog aku, so aku pun dedicate satu page khas untuk ibu.

Ibu selalu meluahkan bahawa dia nak sangat sampaikan ilmu yang bermanfaat. Tapi bagaimana? Dia bukan lah ustazah yang pandai menyampaikan dakwah seperti di televisyen. Jadi aku sarankan supaya ibu ceritakan pengalaman diri sendiri seperti mana yang aku tulis dalam blog ni.

Untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat, bukan sekadar berkaitan agama sahaja tapi bermacam-macam lagi. Ilmu Allah kan luas.. Setiap insan pasti ada kelebihannya masing-masing.

Setiap nukilan ibu tidak akan di edit oleh aku melainkan kesilapan ejaan, tatabahasa & ayat..(walaupun adakalanya berkaitan dengan aku..hehe) Semuanya tulus ikhlas dari hati ibu.

-nurul nadiah bt jamaludin-



SAMPAIKAN SALAM

Salam Sejahtera..

          "Ibu, tulislah apa-apa pengalaman yang boleh memberi pengajaran kepada orang lain semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat (pelajaran baik yang menjadi ikutan kepada orang lain dan kita akan mendapat pahalanya) ." Itulah desakan anak kedua saya (Angah) supaya saya bercerita mengenai skim cepat kaya.

          " Tengoklah bila ibu senang, ibu tulis, " jawapan yang kurang ikhlas dek kerana tajuk yang dipinta itu memang amat perit bila dikenangkan ditambah pula apabila selalu diperli oleh suami & anak-anak. Namun, banyak pengalaman & pengajaran yang diperolehi mengenai kisah ini. Atas prinsip saya sendiri yang suka berkata benar walaupun sakit dan terkena batang hidung sendiri, maka saya mulakan nukilan ini.

           " Ya Allah, semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat yang boleh menghindarkan orang lain dari terjebak dengannya sebagaimana aku dahulu".

No comments:

Post a Comment