Wednesday, May 13, 2015

Pembantu Tadbir Kewangan W17

Assalammualaikum semua.. semoga menjadi ilmu yang bermanfaat..




12/5/2015 aku dapat interview di SPA Alor Star, Kedah.
Kali ni ketahanan minda aku 3x lebih power dari dulu, almaklumlah dah kali ke-3 mai interview di SPA.

Untuk melalui semakan pakcik di kaunter depan tu, aku berjaya dengan jayanya tanpa sebarang leteran & kritikan...hahahaha.. siap bersembang pasai anak dia yg baru lepas spm... (xknl pun cuma sama mrsm jer)

hanya org yg pernah interview di SPA Alor Star yg memahami pasal pakcik tu & aku xpasti di semua tempat interview perkara yang sama berlaku @ tidak..

Untuk pengetahuan semua, aku dah tulis segala maklumat penting dlm kertas & akhirnya, nota tu aku tertinggal di rumah...sekali lagi aku berjaya...hahaha

So, sampai di sana, aku hanya menambah kenalan tanpa membaca sbrg nota... nampaknya calon-calon yang lahir pada tahun 80an sudah semakin sikit.. hanya dalam 2/10 org shj termasuk aku 1989..
calon yang mempunyai diploma/degree adalah 8/10 orang.. (anggaran statistik aku sndiri yer berdasarkan temubual aku..hehe)

seperti biasa, calon perempuan, segala mak nenek sijil semua bawak...calon lelaki sijil spm asal pun ada yang xambil lagi...

**Kalo dalam surat tu tulis kul 11 pagi, p pukul 8 pagi lagi ok...xramai...dia ikut first come, first serve..
**dalam surat, aku dpt 11.45, kul 10.50 aku sampai, ada lagi 7 orang dpn aku... dalam 12.20 baru turn aku...
** penemu duga aku sorang laki melayu dan sorang perempuan cina (rasanya sabah,srwk.... muda lagi..awal 30an)


Soalan:

1)Kenalkan diri
nama,asal,umur,status,adik beradik,pekerjaan mak pak, pendidikan, pengalaman kerja, kerja skrg..
-aku bgtau siap2, semenjak lepas grad memang aku apply semua jawatan yang layak tapi hanyalah jawatan spm sahaja yg aku dapat untuk ditemuduga.. (so, phm2lah yer..jgn kata aku xapply jwtn 41 pulak..)
-dalam spa, apply jwtn 41, kebanyakan xmelepasi syarat2 semasa, mungkin sebab ada kursus yg spesifik yang dia nak..
-pengalaman kerja aku yg terbaru hanyalah cikgu ganti.

2) Apa isu semasa skrg ni?
-aku ckp isu gst yang xhabis2...( xhuraikan pun)
-isu 1mdb

3) Memandangkan aku jadi cikgu ganti di banyak tempat, so dia tanya aku.
Mengapa ramai guru membangkang agenda kerajaan @ lebih kepada pihak pembangkang??
-hahahahahahaha....saya setuju dgn Tuan 100%
-memang 90% guru adalah dari golongan pembangkang.. (mereka hanya mengganguk setuju)
aku :mungkin ramai guru kena income tax kot, tu yang depa xpuas hati..
Tuan : saya pun kena income tax, mak puan pun kena income tax kan?
aku : mak saya xkena, mak saya kerani jer..hehe
Tuan : bapak puan ?
aku : bapak saya pun xkena, sbb dia mandor jer..
Tuan : adakah sbb kadangkala guru kena kerja lebih masa @ kena dtg hjg minggu yg menjadi puncanya?

aku : mungkin juga... satu lagi, kebanyakan guru, xsuka dipaksa menghadiri ceramah2/taklimat yang xberkaitan hanya kerana nak meramaikan suasana sebab menteri mai..
Tuan : mereka xsuka menteri ke?
aku : bukan xsuka...bla bla...pjg lagi..

Tuan : saya pun kena income tax, tapi saya xmacam tu pun?
aku : kita jenis yang setia..haha..
bagi saya, kerajaan sekarang dah ok dari pembangkang walau bagaimanapun, kerajaan skrg ada kelemahannya..
Tuan : apa kelemahan kerajaan yang Puan lihat?
aku : mencampur adukkan urusan kerajaan dengan peribadi..
Tuan&Puan: kroni la yer..

Tuan : yang campur adukkan tu ahli politik @ kerajaan?
Aku: ahli politik
Tuan : saya nak tegur persepsi puan sikit, (aku terima dgn lapang dada teguran dia)
- kerajaan adalah kami, mak bapak puan dan mungkin puan, jika diterima bekerja.. kerajaan boleh dibentuk dari mana2 parti politik yang menang..kerajaan adalah penjawat awam..
Aku : saya setuju dengan tuan.. sebab tu dalam kerajaan, ada staf dari parti pembangkang.. dan sebab tu, akhir2 ni, kita boleh tgk brp banyak dokumen rasmi & sulit kerajaan terbongkar dan didedahkan..
Tuan : itu berkaitan dengan isu integriti..
aku : yer betul tu.. (dalam hati prepare siap dah maksud integriti tp dia xtanya pulak..haha)

#sebenarnya, apa yg aku jawab tu hanyalah pdgn aku semata2...aku jawab melalui pengalaman aku & org di sekeliling aku...ada juga fakta2 yang aku terlupa, almaklumlah nervous... kalau hampa xsetuju, terpulang..hehe..

4) Isu keluar makan time kerja 10 pagi
Puan : boleh ke x?
aku : xboleh...masa saya kerja kilang dulu, waktu makan memang kena punctual..
Puan : itu kilang, swasta...ini kerajaan...tapi sbb apa ramai jer yang buat?
aku : sbb tiada tindakan diambil oleh pihak atasan.
Puan : sbb apa berlaku mcm tu?
aku : sbb pihak atasan pun buat benda yang sama. so, depa pun xboleh nak tegur pihak pekerja,.hehe (point baik punya)
aku : saya pernah terbaca satu kartun.. ( majikan curi isi, pekerja curi tulang)
Tuan : apa maksudnya?
Aku : majikan terlibat dgn isu2 rasuah yang lebih menguntungkan, pekerja pulak terlibat dengan penyalahgunaan masa bekerja..hehe.
Puan : mcm mana kita nak atasi perkara ni?
aku : kuatkuasakan undang2 / ambil tindakan
Puan : kalau puan diterima bekerja, ramai kawan2 yang pengaruh puan keluar makan pukul 10 pagi, puan akan ikut x?
aku : saya bukan jenis yang mudah terpengaruh, sebab tu ramai kwn2 yg ajak join skim mlm (lebih kepada cepat kaya) saya xalayan.. lagipun, sepanjang saya menjadi guru ganti, saya jarang makan di kantin sekolah..
Tuan : cikgu xpa lah, ada banyak masa
aku : walaupun xda kelas, saya akan duduk di meja sahaja..hehe (ini realitinya yer... aku mmg jarang p kantin sekolah)
Puan : puan bawa bekal yer?
aku : yer..
Puan : mcm mana puan nak nasihat kawan2 puan?
aku : saya jenis cakap depan jer...
Tuan : walaupun dgn bos?
aku : mungkin yer, sbb tu sampai skrg saya xdpt masuk kerja kerajaan...

5) isu semasa mengenai pendidikan
-aku cuma bagitau yang kerajaan lebih bagi tumpuan dalam bidang kemahiran berbanding bidang sains dan matematik pada zaman dulu..
-berkaitan teknik,vokasional dan kemahiran.

6) mengenai pembantu tadbir kewangan
puan : puan xambil akaun yer?
aku : yer...saya memang xtau pun pasal akaun..dari sekolah xambil(sbnrnya nak ambil, tp dok mrsm dulu, kena bljr sndiri sbb aku akiran sains)
puan : boleh puan ceritakan apa yang puan tau pasal jawatan ini?
aku : hanya ceritakan tugas2 am mcm gaji, baucar, pinjaman dll..
puan : banyak jugak lah yang tau tu.. puan sanggup belajar benda bru?
aku : sanggup...dan saya suka nombor..

#lebih baik jujur daripada jawab xbetul langsung...huhu

7) harapan
-saya memang berharap dapat jawatan ini memandangkan lepas ni jawatan kerajaan akan dibekukan.
-walaupun ramai yang kata, pendidikan degree tp apply jwtn spm, bagi saya lebih baik ada dari xdak apa langsung..
- pendapatan home tuisyen saya skrg memang lebih dari gaji W17 tetapi saya nak jawatan ni sebab ada kemudahan kesihatan yg percuma/murah bagi staf kerajaan
-elaun & kemudahan lain pun ada tp yang penting adalah kemudahan kesihatan..
(mana xnya, bapak aku buat bypass jantung free, ada kawan dia buat rm45k kot... Dr. yang sama je)

*bagi aku, last interview ni adalah penutup interview yg terbaik utk aku..
*aku cakap apa yg aku rasa dan apa yg aku nak tanpa hipokrit..haha
*penemuduga lebih santai dan senang menerima pendapat org berbanding dahulu..
*semoga kesudahan yang terbaik untuk aku
Amin....

Interview yang lama :
W17
N17

2 comments:

  1. Assalam.. mcm mana keptusan.awak ? nice sharing dear 😄

    ReplyDelete
  2. Assalam.. mcm mana keptusan.awak ? nice sharing dear 😄

    ReplyDelete