-Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa Kepada Semua Umat Islam.
-Sepanjang Bulan Ramadhan dan Syawal, aku akan mengongsikan pelbagai resepi yang dipetik daripada Buku Sajian Tradisi Bersama Chef Wan Eksklusif Untuk AVON.
-Semoga ianya bermanfaat dan dapat dijadikan menu berbuka puasa.
BAHAN-BAHAN
Minyak : 30ml
Halia muda : 2cm, dihiris
Beras Wangi : 300g
Air Sejuk : 1L
Serai : 2 batang,dititik
Santan : 1 biji / 1L
Ikan Kembung : 2 ekor, dibakar dan diasingkan isinya
Udang Kering : 50g, ditumbuk dengan sedikit minyak
Bawang Merah : 8 ulas, dihiris
Daun Kunyit : 1 helai, dihiris halus
Lada Hitam : 1 sudu besar, ditumbuk
Daun Kesum : 3 helai, dicincang halus
Udang Segar : 150g
Garam : Secukup rasa
CARA-CARA
-Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan halia sampai keperangan.
-Masukkan beras, air 1L serta serai lalu dimasak sampai menjadi bubur nasi.
-Masukkan santan dan kesemua bahan yang lain.
-Masukkan udang
-Masak selama 5 minit.
No comments:
Post a Comment