Tuesday, July 22, 2014

Ayam Cencalok

24 RAMADHAN 1435H

BAHAN-BAHAN
Minyak : 80ml
Ayam : 6 keping digaul bersama serbuk kunyit (1/2 sudu kecil)
Cencalok : 75ml
Air asam jawa : 75ml
Daun limau purut : 3 helai
Cili merah / hijau : 1 tangkai(dibuang biji dan dihiris)
Bawang besar : 1 biji
Gula : 3 sudu besar

DIKISAR HALUS
Serai : 2 batng
Halia : 2 cm
Bawang merah : 10 ulas
Bawang putih : 3 ulas

CARA-CARA
-Panaskan minyak di dalam kuali.
-Gorengkan ayanm sehingga masak.
-Tinggalkan minyak selepas menggoreng
-Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar halus sehingga wangi dan masukkan semula ayam yang telah digoreng.
-Gaulkan ayam, cencalok, air asam jawa, limau purut serta cili, bawang dan gula.
-Masak selama 5 minit lagi.

No comments:

Post a Comment