Thursday, July 10, 2014

Urab Nangka & Tempe

12 RAMADHAN 1435H 

BAHAN-BAHAN
Minyak kacang : 60ml
Santan : 1 biji, diperah bersama 200ml air suam
Gula Melaka : 2 sudu besar, diparut
Garam : secukup rasa
Limau nipis : 1 biji, ambil jusnya
Daun kunyit : 1 helai, dihiris halus
Nangka muda : 200g, didadu dan direbus sehingga lembut bersama air dan sedikit garam.
Tempe : 3 keping, digoreng dan didadu
Tauhu : 1 keping, digoreng dan didadu
Kacang panjang : 8 tangkai, dicelur di dalam air panas selama seminit dan dihiris halus
Bawang goreng : 60g
Kelapa goreng : 60g
Nanas : 1/4 biji, didadu kecil.

DIKISAR HALUS
Cili merah : 5 tangkai, dibuang biji
Cili padi : 6 tangkai
Cekur : 1cm
Buah Keras : 4biji
Serai : 2 batang
Kunyit hidup : 2cm
Biji lada hitam : 1 sudu teh
Udang kering : 2 sudu besar
Lengkuas : 1 cm
Daun limau purut : 1 helai

CARA-CARA
-Tumiskan bahan yang telah dikisar sampai rempahnya naik wangi di dalam AVON MASTERCOOK STOCK POT.
-Masukkan santan, garam, gula melaka dan masak sehingga kuahnya pekat.
-Sejukkan sebentar.
-Di dalam mangkuk, masukkan semula bahan rempah yang telah dimasak bersama jus limau nipis, daun kunyit serta semua bahan kerabu.
-Jika hendak pedas lagi, tambahkan sahaja dengan hirisan cili padi ke dalamnya.
-Sajikan kerabu ini dengan segera, jika tidak ia akan merosakkan kelazatan resipi ini.

No comments:

Post a Comment